Nov 20, 2012

Artikel:Dari luar kurungan kucing jalanan..Part 1

Dicerita oleh Hanaffi Ibrahim..(Dipetik dari majalah Mastika).
Saya berdiri di luar Pusat Kurungan Haiwan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).
Bunyi kucing mengiau-ngiau jelas kedengaran.

Dari luar kurungan itu saya lihat setiap sangkar diletakkan dua hingga tiga ekor kucing-kucing jalanan yang telah ditangkap sekitar bandar raya Kuala Lumpur,seminggu lalu..

Saya lihat kucing-kucing jalanan itu meronta-ronta meminta dilepaskan.Ada yang menggigit besi,memanjat dan menguit-nguit kaki dan tangan seolah-olah minta dikasihani.
Saya pandang ke arah seekor kucing yang berwarna kelabu yang asyik memerhatikan gerak-geri  saya sedari tadi.Bulunya sungguh comel dan lembut.

Saya berasa hairan,kenapa orang sanngup buang kucing yang comel dan jinak sebegini?Tidak berhati perutkah? 

Wajah-wajah kucing yang merenung tajam ke arah saya seolah-olah meminta belas kasihan untul dibebaskan amat mengharukan.Pusat ini ibarat destinasi terakhir sang kucing jalanan ini...

Ya,saya tidak sanggup memandang mata kucing yang bersinar jernih ini dan mengharapkan saya datang membelai,menepuk-nepuk dan mengusap-usap kepalanya.

Sayang sungguh!!    Sepatutnya kucing-kucing comel ini tidak seharusnya berada di dalam kurungan ini.  Kehidupannya adalah bersama kita, manusia yang dianugerahkan akal fikiran.Kucing-kucing jalanan ini cuma ingin menumpang kehidupan kita.

Saya tertanya-tanya, apa kesalahan dan dosa kucing jalanan ini sehingga begitu banyak terpaksa ditangkap dan dikurung di sini?

Terdetik perasaan simpati mendalam dan kasihan dengan nasib-nasib si kucing yang comel ini.Sungguh sadis, apakah dosa-dosa kucing-kucing liar ini sehinggakan ada orang membuang dan menghumbannya ke pasar-pasar.tepi jalan,longkang dan tempaat-tempat sunyi lain tanpa simpati???

Sudahlah banyak bayi-bayi tidak berdosa dibuang, kini kucing pula menjadi mangsa!!  Aduh! Sedih! Sedih!

Bayangkan selepas dibuang,pada waktu malam di manakah kucing comel ini hendak mencari tempat perlindungan dalam kesejukan?

Kalau hujan, bagaimana?Tentulah basah kuyup! Tanpa sedar,air mata saya bergenang..

Ya,saya sebak apabila mmemikirkan nasib kucing-kucing comel ini yang tidak dipedulikan orang lagi..



No comments:

Post a Comment